Sunday 27 January 2013

HEY SEXY MAN !


Assalamualaikum . Title tak bolehh berambus taw . 

   Raja Ahmad bin Raja Omar  :) siapa siapa siapa ? nama macam dalam Prosa Tradisional Form 5 . Hahaha . Seorang lelaki yg kecik2 , putih2 , gedik2 , bajet tough , selalu suruh aku picit kan jerawat dia . Iyek iyek je dia nie . Macam mana aku boleh sangkut dengan dia ? Konon dulu lepas break , terus aku cop 'oi ladies ! lelaki semua sama ! jangan kawin sampai tua oi oi ! de hell de fakk de ayam de whatever!' see ? over taw . Memang aku boikot habis lelaki . Kalau online Facebook , memang IM sentiasa offline sebab malas nak layan 'hai . boleh kenal ?' aku jawab 'boleh!' , then aku remove je terus . Tapi kalau yg tegur aku tu hensem , bukan fake , aku layan je lah kan . Hahahaha . Okay enough lah Eton . 

    Actually , 3 tahun dulu ..... kan aku selalu sngat gi jalan2 ngan Tierah Hatsunee kat Kampung Kenangan . Suddenly , aku ternampak lah seorang mamat jalan2 turun bukit ontheway nak g padang bola sambil menjinjit sepasang kasut bola . Dia buat aku pandang dia dua kali ! Then muka dia gila babi punya kerek siap jeling aku oi ! Lagi lah buat aku rasa tercabar and bisik kat Tierah ' hell , macam hensem sangat !' Padahal aku frust sebab dia jeling aku taw  -______-t  and guess what , aku tak tahu langsung nama dia apa and tak pernah nampak muka dia sebelum nie . Tu yg over excited sikit . Hehehe . Then , puff aku lupa dia dan couple dengan orang lain . Kiranye , dia tu secret admirer aku lah kan . Cehh wahh ptuih . Lepas tu tak jumpa dia dah  and aku pun dah lupa diaa :) macam cinta pandang pertama gitu lah . Oh so childish ! 

     Then , dulu kala memang suka sangat merayau rayau naik motor , then time aku Form 4 , bulan Januari aku naik motor nak g kedai Ahfa , ha siap mention nama kedai taw . Aku pun jerit lah 'Uncle , nenek suruh beli tepung gandum 2 paket!' then uncle tu pun 'haa amoi , tepung gandum kat belakang' bukan dia nak tolong ambil kan . Huh boikot boikot . Lepastu aku pun gi lah usyar2 tepung gandum , then sampai je kat kaunter , 'haaaaaaaaaaaaaaaa ! koyy jumpa crush koyy oi !' excited excited , siap lompat2 dalam .. hati . Then masing2 buat muka kerek , dia beli barang apa entah , tak ada masa nak usyar barang yang dia beli sebab aku sibuk usyar dia . Tapi tak ada lah tunjuk sangat yang aku usyar dia . Gila kauorang . Malu lah aku . Siap berdiri sebelah2 taw . Hek eleh , dia tinggi 3 jengkal je dari aku . Pastu pastu , tetiba dia pandang aku , aku pun pandang lah balik . Sial . Mata dia ! redup and colour coklat . Crush , please jgn seksa aku . ADUDUDUDUDU BOBOIBOY . Then , masing2 blah . Sampai je kat motor Nadia tanya 'puas?' what thee -_- 

ME : Nad , aok kenal dia ? 
NADIA : Kenal sangat lah , dia tu otai . Kencang gaduh nya . Kat sekolah tu pengetua dah       hafal nama dia . Nakal nak mampus . Tapi baik jenis respect orang tua . Budak Sport . Set2 pelari pecut . 
ME : Otai ? omg . Macam mana tau nie ? aok pun usyar dia eh ! Babi , tu koy punya eh ! *cubit lengan nadia*
NADIA : Kepala hott awok . Dia tu sebaya Angah koy . Bestie Angah koy lah . Selalu datang rumah ajak Angah main bola . Mata dia macam mata kucing . 
ME : Omg . Kenapa tak pernah bagi tahu koy ?! siapa nama dia ??
NADIA : Amad . Raja Ahmad .
ME : Oh keturunan Raja lah sngat . Makna nye , anak2 koy nanti ade title Raja lah ?

 *HAHAAHHAHHAHAHHAHAHAHAahaahhahahahahha miow miow miow*

    Dah makin teruk angau aku . Tapi aku fikir , alahr umur dia dah 23 , mesti dah ada awek . Ah gi mam . Again , aku couple dengan orang lain . Okay , December 2011 , aku naik bas ngan Nadia ontheway nak g mamam Pizza and beli buku rujukan sikit . Then time bas dah sampai , aku naik dulu , aku suruh Nadia tolong bayar . Aku pun terkedek2 ambik seat kat tengah2 . Nasib baik tak ramai penumpang . Then , Nadia pun datang kat aku sambil sengih2 . Eh pahal minah nie . Takkan fall in love dgn uncle botak tengah tu . Pastu dia cakap 'pandang kiri bodoh' . Hah ? aku pun pandang lah . Oi , ada dia lah ! leyhh naik bas je ke ? Hahahaha . Dia sikit pun tak pandang kiteorang . And time tu dia batuk2 , selsema , bunyi gaya penuh hidung ngan lendir2 hijau . Iyek . So , aku pun seperti biasa , excited dalam .. hati :) Then sampai kat Maybank Temerloh uncle jerit 'Siapa mau pegi Kuantan , turun sini' then dia pun turun . Oh nak g Kuantan eh . Jumpa awek lettew . Lawa ngat ke awek dia tu . Motif ? HAHAHA ! Aku ngan Nad g bandar bawah jalan2 . And end here . 

        Bulan April 2012 , Tasha , jiran Raja Ahmad . Aku sngat berterima kasih dgn dia sebab dia lah aku ngan Raja couple sampai sekarang . Dia lah POS LAJU antara aku dgn Raja . Hahaha thanks buddy :P aku banyak stalk pasal Raja , latar belakang family , perangai dia . Hello ? aku sngat memilih okay . And Tasha cakap 'dia dah lama single , jenis tak melayan perempuan' and i was like *joget zapin* SINGLE dowh . Amboih key ell nya . Then Tasha tanya 'Qira , syok kat dia eh?' me : 'hell no!' bapak ego . Then tiba2 , Nadia jerit 'Gitau Raja , Qira pakai Ego maroon BJL 73 kirim salam!' Tasha :'beres!'*terus lari . Me : 'bangsat lah!' tapi memang tu pun yg aku nak selama ni kan ? aku senyum .. dalam hati . 

       Kat sekolah Tasha cerita , 'Qira , abang Mad macam tak percaya aok kirim salam kat dia sebab dia cakap muka aok bapak kerek time ternampak dia , tak pernah senyum langsung , siap jeling maut lagi , by the way , dia kirim salam balik' kahkahkah bangga je aku jawab salam dia -.-t then , permainan kirim salam bermula selama sebulan dah berakhir dengan 'Qira , abang Mad tanya sampai bila nak kirim salam , hulur lah number phone' me ? : 'nanti lah Tasha' . selama 3 minggu aku punya nanti , and dia macam beriya sngat nak . So aku bagi lah , 'asal die jual , mampus dia' Tasha said : 'dia tak macam tu lah syg . jgn gangster sngat . dia tak suka pmpoan gangster' kesah fulak aku ?

       Malam tu dalam pukul 8 40 , ada number tak kenal masuk , dia text 'salam , BJL 73?' hahaha sejak hari tu kiteorang texting , kenal hati budi masing2 , and dia selalu cakap cam nie 'awak , jgn la kasar sngat ayat tu' hehehe sorry bie :) then 30 Julai 2012 , he purposed me , adalah dalam 2 months kawan , then couple . Hey , dia sangat memahami , aku nie bapak degil , susah dia nak handle , sampai lah satu hari tu dia cakap ' saya betol2 serius dgn awk , tolong jgn main2 kan saya and jgn tinggal saya' leyhh , aku baru ingat nak couple ngan budak facebook hak katang im mintak number phone XD . Tapi ... yes , macam tak percaya , aku sngat2 dah tinggal kan perangai lama aku , and started to be serious with him . lagi 3 hari genap lah kita orang 6 months :) aku sngat2 hargai dia . Harap2 Allah kekal kan jodoh kita orang . Dia terlalu mengalah dengan aku . Walaupun aku salah , aku tetap dengan ego aku sampai dia pernah menangis der . Jatuh ego aku . Jahat nya aku :(  

      Oi ! abang otai boleh nangis sebab perempuan silly macam aku ? sejak hari tu , aku decided , he is the perfect one . Tapi aku tetap jugak dengan ego . Hahaha nasib kau lah labu . Habis satu family dia kenal aku , asal lalu depan rumah dia semua pakat tegur aku . Vangang ! malu ah . Nak kekal lama dgn aku ? tinggal kan tabiat lama ye bang . Yes , dia dah berubah sampai member2 dia cakap 'harap je gangster tapi takut awek!' sorry sikit , aku bukan queen control okay . Dia dah besar , pandai a fikir mana baik mana buruk . Lagi2 nak masuk dalam family aku yg garang giler , awak kena berubah . Paling kuat , time kahwin nanti kalahkan Vellfire pakcik aku , bie bawak Lambo eyh ? tahu apa jawapan bie 'anything for you baby' hek elehhhh ! asal tak de lambo , siap kau ! 


     Time kiteorang balik KL seminggu hari tu , Encik Raja yg jaga kucing2 aku . Pernah pukul 10 30 malam , aku text dia , 'awak , lapar' time tu semua dah tido , and aku kan jenis kuat mencekik , then dia reply 'lagi 2o minit turun bawah, orang beli kan nasi USA ngan air carrot susu' hehehe . Then dia berhenti depan rumah , aku bukak pagar slow2 , hello ! bukan nak g beromen ye babun . Nie ada je yg baca blog ni and judge aku macam2 . syial . Dia turun kereta pakai shortpant je . Then lepas da ucap thanks n salam dia , aku mencekik . omnomnmonom and text dia 'lebat sehh bulu kaki' dia cakap 'tahan lah dari badan gaya belon' ah jahat ! 

     Penat nya aku taip , yang penting dia buat aku jadi gila . Date ? selalu . Hello , date kat kedai makan , date kat Temerloh ditemani oleh sahabat2 aku . Bukan date kat tempat gelap gelita romen2 bagai .  Besties2 semua cakap 'semoga kekal syg . Insya ALLAH he is the best for you' Thanks Mas , Dayah , Tyra , Naimah , Lin , Nadia , Pikah , Ct , Sod . Okay , iloveyou bie .

'bie nie memang kecik , tapi badan bie padat , well budak sukan kan , syg jealous tak?' 
'tak sangka syg usyar bie bertahun , bie nie omey angad kot . kan syg ?' 
jawapan aku : 'oi please lah , geli anak tekak niee' then dia gelak macam kuda . hahaha sumpah comel dia gelak :) *tak berani upload gambar peluk2,hahahha*

bye ~









































No comments:

Post a Comment